gay bomb?...
WASHINGTON 16 Jan. - Ahli-ahli saintis Amerika Syarikat (AS) merancang mencipta sejenis bom yang akan mendorong tentera musuh menjadi gay dan mengadakan hubungan seks sejenis hingga mengabaikan tugas-tugas ketenteraan.
Menurut satu dokumen yang sebelum ini dirahsiakan, pakar-pakar tersebut mencipta bom kimia yang luar biasa itu sebagai satu alternatif kepada senjata nuklear. Kumpulan pakar di Makmal Wrigh Tentera Udara AS di Dayton, Ohio, merancang menggunakan sejenis hormon dipanggil pheromones, yang boleh membuat manusia tertarik hati sesama sendiri.
``Bom itu boleh mencetuskan tingkah laku homoseksual di kalangan askar-askar musuh yang bukan sahaja meninggalkan kesan yang menjijikkan tetapi juga boleh menjejaskan moral,'' jelas laporan itu.
Dalam akhbar The Sun Online hari ini menyatakan makmal tersebut sedang berusaha mendapatkan bantuan Pentagon bagi membiayai penyelidikan ke atas bahan-bahan kimia yang bukan sahaja boleh mengganggu fikiran dan menimbulkan perasaan sakit hati tetapi juga membantu mengenal pasti musuh.
Cadangan-cadangan lain yang turut dipertimbangkan ialah mencipta sejenis bom yang boleh membuatkan pernafasan berbau busuk hingga memudahkan kerja-kerja mengenal pasti askar-askar musuh di kalangan orang-orang awam.
Satu lagi cadangan ialah Bom Drakula, yang berupaya menjadikan kulit askar-askar musuh terlalu sensitif kepada cahaya matahari hingga menyebabkan mereka tidak dapat bertempur pada siang hari.Turut dirancangkan ialah sejenis bom yang boleh menyebabkan penyengat dan binatang perosak tertarik kepada pangkalan musuh. Bagaimanapun, tidaklah diketahui sama ada rancangan penyelidikan itu yang menelan perbelanjaan AS$5 juta (RM19 juta) sudah selesai dijalankan.
Ahli sains neuro Universiti Cambridge, Barry Keverne berkata, ``dari segi teori, bom yang membuat manusia sensitif kepada cahaya dan menjadi tarikan kepada serangga-serangga memang boleh dilakukan.'' - Agensi
[source - www.utusan.com.my 17/01/2005 ]
no kidding.. this is in the news today.. u can double check if it's too hard to believe.. gosh.. what were they thinking?.. i'm with Greenday 110%... american idiot is a good song..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home